Gaji tan sri rozali ismail bukan RM51 juta. "Jumlah gaji saya tak sampai pun RM51 juta," kata tan sri rozali ismail. Timbul pula isu tentang gaji beliau. Ada kemungkinan dalam hal ini beliau diftnah oleh pihak-pihak tertentu.
Pada yang tak tahu siapa tan sri rozali, beliau ialah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air selangor (SYABAS). Beliau meminta pihak yang memulakan dan menyebarkan fitnah berhenti berbuat demikian dan rujuk keputusan mahkamah untuk maklumat yang terperinci tentang gaji beliau.
Belia berkata lagi, SYABAS tidak membayar jumlah gaji sebanyak itu kepadanya, berdasarkan fakta yang dibuat mahkamah. "Rujuk keputusan mahkamah bagi mendapatkan maklumat yang benar, jelas dan terperinci dari mengambil bulat-bulat kata-kata orang lain," kata beliau lagi.
Beliau juga sempat memberitahu beberapa kawasan di selangor mula menghadapi masalah gangguan bekalan air dan beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana berusaha menangani masalah tersebut.